Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

“Mana Rakyat Nak Cari Duit Banyak Ni?” Isu Peniaga Burger Dikompaun RM50 Ribu, Syed Saddiq Tampil Bersuara

Nampaknya ramai netizen yang kesal dengan tindakan pegawai terbabit termasuk ahli politik muda, Syed Saddiq.

Published

on

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai isu seorang peniaga burger yang berniaga di hadapan rumah dan telah dikompaun sebanyak RM50,000 pada 24 April 2021 kerana berniaga melebihi had masa yang ditetapkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan perlu membayar kompaun tersebut sebelum 9 September 2021.

Perkara itu mendapat perhatian ramai pihak terutamanya netizen di Twitter dan Facebook, malah ahli politik terkenal iaitu Syed Saddiq turut menyuarakan pendapat beliau mengenai perkara tersebut.

Lihat ciapan yang ditulis oleh beliau :

Menurut ciapan ahli politik muda itu, beliau mempersoalkan mengapa peniaga tersebut tidak diberikan teguran, di mana budi bicara pegawai tersebut sehingga mengompaun peniaga itu dengan jumlah yang begitu banyak dan sudah tentu peniaga tersebut tidak mampu untuk membayarnya.

Kita juga tahu bahawa di kala pandemik Covid-19 ini, ramai yang terkesan sehingga ada yang sanggup membuat lebih dari satu kerja semata-mata untuk menampung kehidupan mereka.

Lihat respon-respon netizen mengenai perkara ini :

Nampaknya ramai netizen yang kesal dengan tindakan pegawai terbabit yang dianggap tidak berperikemanusiaan.

Menurut laporan Berita Harian, peniaga tersebut telah diberikan amaran sebelum ini tetapi tetap berniaga lebih dari had waktu yang telah ditetapkan sehingga pegawai tersebut membuat keputusan untuk mengompaun peniaga berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Abdul Rahim Daud  berkata,  kompaun akan dikenakan pada kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, memang jumlah kompaun pada kertas saman ditulis RM50,000 iaitu jumlah maksimum.

Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sumber : Twitter dan Berita Harian.

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest