Connect with us
Hot FM

Viral

“Melahirkan Anak Tidak Mudah” Ummi Nazeera Dedah Alami Pendarahan Ketika Kandungan Berusia 4 Bulan!

“Childbirth is not easy and the journey doesn’t stop after u give birth” – Ummi

Published

on

Selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 2 Jun lalu di sebuah hospital swasta, pelakon terkenal Ummi Nazeera mengucapkan rasa syukur dikurniakan seorang puteri yang sihat dan kerana urusan bersalinnya telah dipermudahkan Allah SWT.

Namun siapa sangka, disebalik kegembiraan menyambut cahaya matanya itu, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainal Abidin, sebenarnya menghadapi kesulitan dan dugaan ketika melahirkan anak keduanya itu.

Perkara itu dikongsikan oleh Ummi di laman Instagram miliknya baru-baru ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Menulis panjang di ruangan kapsyen :

“Berbuat baik lah pada ibu, Ibu dan ibu .. Kemudian bapamu”.

Childbirth is not easy and the journey doesn’t stop after u give birth .. Syukur Alhamdulillah for everything … I would firstly like to say thanks to my Doctor Miss Dalia for being so positive thruout my pregnancy .. Tidak pernah lekang menyebut Alhamdulillah dari mulutnya.

Sebenarnya masa kandungan saya berusia 4 bulan , saya mengalami pendarahan … Kes sama seperti Ayra .. low lying placenta. Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu .. Bila masa dengan Ayra saya mula bleeding 6 bulan ke atas .. Adik Ayra pula agak awal… 4 bulan 

Dengan kuasa Allah & nasihat doctor .. Saya rest dan mengambil cuti dari berlakon.. Alhamdulillah … Placenta naik.. ❤️ Dan saya diberi peluang merasa bersalin normal.. syukur ..

Saya juga praktikkan membaca Surah Maryam / Alkahf/ Yusuf/ luqman tiap minggu..

Dan membaca doa yg disediakan dalam app Qalbyapp “Supplications for healing” + Doa Nabi Yunus..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . Dengan doa keluarga & sahabat sahabat. Dapat saya merasa bersalin secara normal dan baby lahir cukup bulan 38 minggu 4 hari..
Masa dengan Ayra , dia dilahirkan pada minggu ke 34 kerana pendarahan saya yg terlalu banyak .. Sebab Itu kali ni saya bersungguh berehat masa mengandung..

Thank you also to everyone for all your beautiful doas.. in shaa Allah hari ketujuh Ummi share nama baby ya .. ❤️

Lastly, to my husband, thank you ❤️…”

Ummi sempat bercerita kepada pengikutnya di laman Instagram bahawa ketika kandungannya berusia 4 bulan, beliau telah mengalami pendarahan disebabkan plasenta rendah ataupun low lying placenta sama seperti ketika mengandungkan anak pertamanya, Ayra Aneesah.

Setelah mengikut nasihat doktor dan mengambil rehat dari dunia hiburan buat seketika, Ummi bersyukur proses kelahiran bayi keduanya itu selamat dan beliau berjaya melahirkan secara normal.

Dalam hantaran lain, Ummi turut mendedahkan wajah dan nama anak keduanya itu setelah 7 hari mengikut sunnah nabi.

Mengambil nama bersempena nama isteri baginda SAW, Ummi memilih nama Aysha Arsylia untuk cahaya matanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

“Alhamdulillah. Dah hari ke-7. Ummi nak share nama anak kami iaitu Aysha Arsylia. Sempena nama isteri baginda Rasulallah SAW.
Arsylia pula yg bermaksud kehidupan yg tenteram, bahagia & sempurna.

Semoga Aysha akan membesar menjadi anak yang solehah, dengar cakap ibu bapa & keluarga, serta berbakti kepada agama dan negara.

Risau mummy masa 4 minggu mengandungkan Aysha dulu dah bleeding. Tapi alhamdulillah, mummy diberi peluang untuk melahirkan Aysha secara normal. Syukur syukur.Allah Maha Besar.
@ayshaarsylia”

Kami di Hot FM mendoakan semoga bayi yang baru dilahirkan itu diberikan kesihatan yang baik dan Ummi selamat menjalani pantang selama 44 hari.

Untuk rekod, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017 yang juga merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dan beliau dikurniakan dua orang anak perempuan, iaitu Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018 dan Aysha Arsylia pada 2 Jun 2021.

Sumber : Instagram Ummi Nazeera

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest