Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Melampau Sangat! Polis Siasat Pemilik FB Edit Gambar DG Noor Hisham

Sampai hati nak buat lawak macam tu kan?

Published

on

Memang tak salah kalau nak bergurau, tapi kalau sampai melampaui batas tak boleh juga kan?

Zaman sekarang ini ada orang lebih gemar untuk melihat meme di media sosial, tapi ada juga meme yang tidak boleh diterima ‘lawaknya’.

Tapi macam yang kita tahu, kalau bergurau sampai memalukan orang lain itu bukan lawak namanya.

7 Oktober lalu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook MGAG kerana telah memuatnaik gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kononnya sedang memakai kain pelikat dan seluar dalam ketika melakukan sidang media di kediamannya pada 6 Oktober lepas.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid memberitahu bahawa pihak polis telah menerima laporan polis di Balai Polis Senawang.

Sidang media Dr. Noor Hisham dilakukan dirumah disebabkan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri.

Namun kini pemilik akaun Facebook MGAG telah membuat satu permohonan maaf dan memberitahu bahawa dia hanya bergurau berkenaan posting tersebut.

Dengan hati yang berat, saya memohon maaf kerana telah membuat lawak berkenaan DG Noor Hisham memakai seluar dalam dan kain pelikat ketika sedang melakukan kerja di rumahnya.

Haihh, kalau nak bergurau tu jangan la sampai aib kan seseorang kan?

Lagi pula individu yang dimaksudkan itu seorang yang dikenali oleh orang ramai, lepas ni kalau nak bergurau tu fikir masak-masak.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest