Semua orang kalau boleh mesti nak duduk dekat rumah yang bersih dan selesa, tapi jangan terkejut kalau ada yang lebih suka untuk berada di dalam rumah yang dipenuhi dengan sampah.
Sekitar 6 Oktober lalu ada satu kisah tentang warga emas yang hidup lebih 10 tahun bersama dengan timbunan sampah di hadapan rumahnya sehingga menyebabkan jiran sekeliling menderita.

Dimaklumkan, warga emas yang berusia 63 tahun itu dikenali sebagai Chung Sook Khuan merupakan pesara guru dan disyaki mengalami masalah mental.
Pihak sebuah akhbar tempatan ada membuat tinjauan di rumah pesara guru berkenaan yang terletak di Taman Bersatu, Simpang Pulai Perak dan ternyata keadaan di sana sangat mengejutkan kerana sampah sarap sudah pun menutupi pintu masuk rumah berkenaan.
Ada timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan.

Menurut jiran tentangga, sekiranya warga emas berkenaan hendak masuk ke dalam rumahnya, dia akan memanjat longgokan sambah terlebih dahulu.
Setiap hari, dia akan mengayuh basikal untuk mengutip sampah baru dan bawa pulang ke rumah bagi menambah ‘koleksi’ sampahnya.
Walaupun sudah ditegur banyak kali, warga emas berkenaan tidak memperdulikan jiran tetangga sehingga mereka terpaksa menahan derita dengan bau busuk dan masalah nyamuk dari rumah berkenaan.
Namun hasil siasatan lanjut, warga emas berkenaan tidak mengalami masalah mental tetapi dia memang seorang yang gemar menyimpan barang-barang termasuk la sampah sarap dan kini dia akan mendapatkan rawatan lanjut bersama dengan pihak kaunseling.

Pihak Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memberitahu Sook Khuan didapati normal dan tidak mengalami masalah mental selepas menjalani Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS).
Pada 9 Oktober lalu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melakukan kerja pembersihan di kawasan rumah warga emas berkenaan dan keseluruhan sampah sarap yang ada di rumahnya hampir 1 tan.