Connect with us
Hot FM

Viral

Mengaku Langgar SOP, Najib Razak Bayar Kompaun Kerana Tidak Mahu Ada Double Standards

Najib Razak menunjukkan contoh yang baik apabila tampil mengaku kesalahan dan membayar kompaun

Published

on

Seperti yang diketahui ramai, kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika situasi COVID-19 ketika ini boleh menyebabkan setiap individu atau pihak itu dikenakan kompaun.

Turut terpalit melanggar SOP, bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau pada 11 Mei 2021.

Baca artikel berkaitan: Kasih Yang Tiada Ganti, Najib Razak Akui Tiada Yang Menyayangi Diri Melebihi Seorang Ibu

Melalui hantaran tersebut, Najib memberitahu bahawa beliau menjalankan tanggungjawab dengan membayar kompaun atas kesalan yang telah dibuat.

“Assalamualaikum. Saya datang bayar kompaun.

Nanti baru ambil gambar yer. 🤣🤣

(Saya silap itu hari tak scan suhu. Saya mengaku sendiri. Saya terima denda. Tak mahu ada double standards. Mereka itu saya tak tahulah.)”

Menurutnya, beliau membuat kesilapan kerana tidak memeriksa suhu badan sebelum ini.

Tindakan beliau ini dipuji kerana berani mengaku kesalahan yang dilakukan.

 

Sumber: Instagram Dato’ Sri Najib Razak

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest