Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Misi Menyelamat Anak Anjing Berjaya, Ramai Puji Tindakan Pantas Bekas Pramugara Ini

Berdebar ya sis…

Published

on

Cuba bayangkan dalam satu situasi yang mana anda ternampak seekor ibu anjing sedang menangis melihat anaknya yang masih kecil terjatuh di dalam longkang.

Apa agaknya tindakan anda? Adakah akan terus membantu atau berharap supaya si ibu dapat turun ke longkang dan selamatkan sendiri anaknya itu?

Tindakan pantas seorang pemuda ini dipuji ramai apabila dia berjaya menyelamatkan nyawa seekor anak anjing daripada lemas di dalam longkang.

Pemuda yang dikenali sebagai Arif itu bertindak pantas dengan mengambil penyodok sampah sebagai alatan bantuan baginya membawa naik anak anjing tersebut.

Melalui perkongsiannya di Instagram, video pendek yang dirakam oleh isterinya itu menunjukkan seekor ibu anjing hanya mampu melihat anaknya di dalam parit itu sahaja.

“Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sayangkan haiwan memang saya terus berlari cari benda yang boleh angkut puppy tu keluar.”

Walaupun misi menyelamat itu agak sukar kerana parit itu agak tinggi,  Arif tetap berusaha keras supaya anak anjing itu tidak mati lemas disebabkan arus ais yang deras.

Dalam masa yang sama, Arif turut memberitahu mengapa dia mengambil masa sedikit lama untuk menyelamatkan anak anjing itu.

Hal ini kerana dia berusaha untuk mencari alat bantuan dan kebetulan kedainya berhampiran dengan lokasi kejadian.

Bukan itu sahaja, Arif turut menghuraikan mengapa dia tidak terus turun ke dalam parit itu kerana bagi mereka cara itu lebih mudah dan pantas.

“Saya mesti mengambil kira keselamatan saya. Parit tu nampak mata kasar ianya cetek tapi sebenarnya dah diselaputi lumut yang tebal n licin. Mungkin juga ada objek tajam yang membahayakan.”

“Sekiranya saya lompat mungkin saya akan tergelincir yang boleh menyebabkan kecederaan.”

Rata-rata netizen memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Arif yang juga merupakan bekas pramugara itu.

Ramai mengharapkan supaya sikap sedemikian dapat dipupuk di dalam diri setiap masyarakat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest