Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Muat Naik Foto Awal Perkahwinan, Netizen Puji Datin Shahida & Dato Aliff Syukri Awet Muda

Awet muda ya mereka ni

Published

on

Kalau orang lain makin berusia, makin dimamah usia tetapi tidak bagi pasangan suami isteri usahawan terkenal, Dato’ Sri Alif Syukri dan Datin Sri Shahida.

Seperti orang lain, pasangan ini turut mahu membuat perbandingan wajah mereka yang dahulu dengan sekarang.

Nampaknya mereka jauh berbeza daripada dahulu kerana kini usahawan terkenal ini semakin berseri-seri serta masing-masing bertambah kacak serta cantik sekali.

Datin Sri Shahida memuat naik foto mereka ketika tahun pertama berkahwin dan ketika itu mereka berada di kampung Dato’ Sri Alif Syukri bertempat di Negeri Sembilan.

“Gambar atas ni ambil masa mula kahwin, yang sebelah gambar hari ini selepas 13 tahun berumah tangga. Anak pun dah berderet.”

Walaupun sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga tetapi mereka berdua masih kekal maintain seperti dahulu.

Rata-rata netizen turut memuji penampilan pasangan ini dan menyifatkan mereka awet muda.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan Dato’ Sri Alif Syukri nampak lain kerana dulu beliau berisi tetapi kini persis seperti model antarabangsa.

Apa la agaknya rahsia pasangan ini ya untuk kekal muda macam sekarang.

Sumber foto: Instagram Datin Sri Shahida

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest