Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Muka Jawa Nak Cakap English” Gadis Cantik Ini Dikecam, Lihat Respon Positif Daripada Netizen

Amboi amboi biasa ya mulut tu!

Published

on

Kita semua tahu Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua pertuturan di Malaysia dan itu membuatkan ramai orang berusaha untuk mempelajari bahasa tersebut.

Tak salah pun kalau seseorang itu gemar berbahasa Inggeris di media sosial untuk tujuan content atau suka-suka sebab ada sesetengah orang lebih selesa berbahasa Inggeris kan?

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syasya ada kongsikan kata-kata negatif yang diterimanya daripada salah seorang rakannya kerana terlampau kerap berbahasa Inggeris di media sosial.

Menurutnya itu bukan pertama kali dia menerima kata-kata begitu tetapi disebabkan ayat sedemikian sering keluar daripada mulut rakannya, dia mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di twit berkenaan berasa tidak setuju dengan kata-kata kasar itu dan beranggapan tiada salahnya kalau kita nak bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Dalam masa yang sama ramai yang mempersoalkan mengapa perlu diberi perumpamaan ‘berbahasa Inggeris tetapi muka Jawa?”

Selain itu, ada juga yang memberi pendapat bahawa ‘rakan’ yang gemar bergurau kasar ini kadang-kala menjengkelkan dan pastinya kalau kata-kata itu diberi semula kepadanya, mesti dia juga akan rasa marah.

Ada orang tak kisah kalau bergurau kasar tetapi setiap gurauan kasar itu ada had yang mana sekiranya melampaui batas pasti akan mengganggu fikiran seseorang itu.

Kepada sesiapa yang gemar untuk berbahasa Inggeris di media sosial, teruskan sahaja kerana dengan cara itu sedikit sebanyak dapat mengasah lagi penggunaan bahasa tersebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest