Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Nama Disalahgunakan Oleh ‘Scammer’, Ezra Kong Mohon Orang Ramai Tidak Terpedaya

Aduhaiiii

Published

on

Seorang penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia terkenal iaitu Ezra Kong baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila namanya telah disalah gunakan oleh scammer yang belum dikenal pasti, di mana scammer itu mahu menjerat rakan-rakan artis supaya melaburkan wang dalam projek pembikinan muzik yang kononnya akan dilakukan bersama Ezra.

Terkejut dengan hal itu, Ezra memuat naik satu foto peringatan kepada semua untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik scammer berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ezra Kong (@ezrakong)

Foto yang di muat naik itu ditulis dengan kaspyen :

“Hey everyone, please be mindful that there is a scammer using the name ezra kong to invest in projects with me. It is not me. I only contact people to work with using my personal ig. And i never ask for money. None of the producers i know ask for money or investment. We only charge fees for song productions. We also do not do promotions or marketing. That is done by label. Sorry for inconveniences caused. Please do not trust this ig account for money purposes at the off chance it gets hacked”

Mengulas lanjut, Ezra berkata dia tidak pernah menghubungi clientnya menggunakan Whatsapp atau mesej personal, hanya berhubung menerusi laman Instagram rasminya sahaja.

Turut menekankan bahawa beliau hanya mengenakan yuran untuk produksi lagu dan tidak melakukan promosi ataupun pemasaran.

Diharapkan kepada anda di luar sana jangan mudah terpedaya dengan taktik licik scammer dan sentiasa double check untuk pastikan anda tidak ditipu.

Sumber : Instagram Ezra Kong

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest