Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Neelofa Didakwa Rentas Negeri Sekali Lagi, Netizen Tampil Back Up Lokasi Dikunjungi Bukan Luar Negeri

Merentas negeri untuk membeli karpet, adakah di Kuala Lumpur atau Nilai 3?

Published

on

Belum reda dengan isu dikompaun kerana gagal mematuhi SOP ketika majlis pernikahan dan merentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi, tular pula dakwaan yang mengatakan selebriti terkenal, Neelofa merentas negeri sekali lagi ke Negeri Sembilan.

Perkara itu telah ditularkan di rata-rata laman sosial, ini salah satu ciapan yang mendakwa Neelofa menggunakan ‘cable’ untuk ke negeri berkenaan.

Menurut ciapan individu tersebut, Neelofa dikatakan telah merentas ke Nilai 3, untuk membeli karpet bersama dengan suaminya, PU Riz.

Meninjau di laman Instagram, beliau juga ada memuat naik IG stories berada di sebuah kedai karpet, namun memadam stories tersebut setelah ia ditularkan di media sosial.

Namun ada juga yang mendakwa bahawa lokasi kedai karpet yang dikunjungi selebriti terbabit adalah di Setapak, Kuala Lumpur dan bukan di Nilai 3 seperti yang digembar-gemburkan.

Rasanya tuan empunya badan lebih mengetahui di mana lokasi yang dikunjungi beliau, tak mungkin beliau tidak belajar dari kesilapan dahulu. Wallahuallam…

Apa-apa pun diminta semua bertenang dan jangan menimbulkan fitnah, kita nantikan jawapan dari selebriti itu sendiri.

 

Sumber : Twitter

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest