Connect with us
Hot Selebriti

Viral

“Niat Nak Borang, Tapi” Minta List, Tapi Gadis Ini Terima Layanan Buruk Daripada Peniaga Album Kpop

Sabar je lah…

Published

on

Sebagai seorang peniaga, kita mesti happy kalau ada customer yang sudi untuk membeli barang yang kita jual dan pastinya mereka akan dilayan dengan baik kan?

Tapi lain pula yang terjadi apabila seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Farae_ apabila dia menerima layanan yang agak biadap daripada seorang peniaga online yang menjual album artis dari Korea.

Menurutnya ini ialah kali pertama dia berurusan dengan seller berkenaan selepas melihat ada seorang influencer bernama Azfar Heri turut membeli album tersebut tetapi tidak sangka layanan sebegitu pula yang diterimanya.

The seller rude! Beli sebab tengok Azfar Heri beli dekat shop dia. Tak sangka seller ni rude, sokay cari seller lain je la. Jujur I memang nak borong album, if service okay memang akan repeat order. But...

Fara turut memuat naik perbualan mereka di Whatsapp sebagai bukti dan ternyata seller berkenaan telah mengeluarkan satu ayat yang tidak sepatutnya ditanya kepada customer.

Kalau saya list pun, bukan awak nak beli semua album hari ni lol. Any priority yang awak nak beli dulu?

Rata-rate netizen turut mengecam tindakan seller berkenaan dan ada juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama dengan seller tersebut.

Bagi mereka, sebagai seorang penjual seharusnya berkelakuan baik lebih-lebih lagi apabila ada pelanggan yang berminat untuk membeli barang jualan, maklum la pelanggan kan salah satu rezeki.

Namun mujur sebelum semuanya menjadi lebih parah, seller berkenaan sempat memohon maaf kepada Fara dan turut memuat naik satu Instagram story permohonan maaf secara terbuka kepada sesiapa yang turut mendapat layanan buruk daripadanya.

Budi bahasa kan budaya kita? Tak kisah la kita tak sihat sekali pun, jangan la gunakan ia sebagai alasan untuk tidak berbudi bahasa dengan orang lain ya?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest