Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Niat Saharul Ridzwan Dan Anak Nak Buat Kejutan Pada Isteri, Tapi Lain Pula Yang Jadi!

Eh kenapa tu?

Published

on

Baru-baru ini pelakon dan juga model terkenal, Saharul Ridzwan membuat kejutan untuk isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir atau pun lebih dikenali dengan Deena Emir sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 33 tahun.

Saya balik pun Ali tak tahu” - Kurang rapat dengan anak, Saharul Ridzwan akui timbul rasa cemburu terhadap isteri - Hiburan | mStar

Malah, pelakon yang popular dengan drama Cinta Sekali Lagi itu turut memuat naik satu video membuat kejutan bersama anak lelakinya, Muhammad Luth Ali di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SAHARUL RIDZWAN® (@saharulridzwan)

Akan tetapi apa yang menarik perhatian adalah apabila membaca kapsyen yang ditulis oleh Saharul :

“Ingatkan nak SURPRISE!!! 😢

Hari ni birthday isteri , @deenaemir , so ingatkan nak buat surprise dengan Ali. Sekali masuk2, senyap je . Korang rasa apa jadi?

Walaubagaimanapun sayang, Selamat Hari Lahir. Semoga Allah panjangkan umur awak, diperluaskan pintu rezeki awak dan sentiasa Allah lindung. Sebagai suami, setiap hari sy doakan awak masuk Syurga Allah. Yang panjang2 sweet2 sy cakap depan2 jelah ❤️”

Menurut Saharul, kejutan yang hendak dibuat seperti tidak menjadi. Siap suruh pengikutnya teka apa yang terjadi selepas itu!

Alahai agak-agaknya apa yang terjadi ek? Min pun curious. Sama-sama kita nantikan!

Apa-apapun comel sangat tengok Ali cuba buat surprise buat mommy dia.

Sebelum ini Saharul telah menghadiahkan kereta jenis Honda Jazz sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Untuk rekod, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.

 

Sumber : Instagram Saharul Ridzwan

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest