Kita sering diingatkan untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika berada di sekitar premis stesen minyak atau berdekatan pam minyak untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini.
Boleh dikatakan hampir semua stesen minyak di semua negara mempunyai tanda amaran yang menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit di kawasan berkenaan adalah dilarang.
Tetapi adakah ia bahaya nyata atau larangan undang-undang semata-mata?

Untuk menjawab kepada pertanyaan anda, Shairan Huzani Husain yang juga merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkongsi mengenai penggunaan telefon bimbit di laman sosial Instagramnya selepas foto beliau di pam minyak tular.
Foto yang dimuat naik oleh Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pakcik Shell ini mengundang pertanyaan netizen tentang dirinya yang menggunakan telefon bimbit ketika berada di pam minyak.
“No hate, but using phone/camera in petrol station?” – tulis netizen

Menjawab kepada persoalan netizen itu, Pakcik Shell ini menjelaskan bahawa beliau sedia maklum dengan peraturan keselamatan di stesen minyak dengan menjaga jarak lebih dari lingkungan 5 meter untuk menangkap gambar itu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada pengguna tidak digalakkan melakukan perkara itu dan meminta pengguna terus peka demi keselamatan semua.
“Terima kasih. Peringatan yang sangat prihatin. Peraturan keselamatan ialah tidak menggunakan alat elektronik dalam lingkungan 5 meter semasa pam beroperasi sebab fuel vapour boleh tersebar sejauh itu.”
“Kalau pam tak onz, tiada risiko vapour ignition. Tetapi kita masih tak galakkan roger2 atas forecourt sebab tak nak lalai dengan kereta yg bersimpang siur.”

Pakcik Shell turut berkata, gambar berkenaan di ambil dengan bantuan rakannya yang sudah meletakkan kon keselamatan dan telah menjaga trafik.
“Member yg tlg amik gambar ni dah letak kon keselamatan dan sorang lagi tengok trafik” tulisnya.
Kesimpulannya, kita sebenarnya masih tidak digalakkan menggunakan telefon bimbit di stesen minyak kerana dikhuatiri gangguan ketika mengisi minyak, lalai, dan sebagainya.
Difahamkan penggunaan telefon bimbit tidak akan menyebabkan letupan atau kebakaran tetapi electrostatic discharge yang boleh menyebabkan kebakaran.

Jadi sebelum mengisi minyak, anda disarankan untuk menyentuh kenderaan (permukaan besi) terlebih dahulu sebelum mengepam.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua.