Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Update

Nor Aqilah, Mangsa Terselamat Hidu Gas Karbon Monoksida Dijangka Discaj Hospital 6 Oktober

Alhamdulillah…

Published

on

Sebelum ini tiga daripada empat orang wanita meninggal dunia apabila mereka tertidur di dalam kereta ketika berhenti berehat di Shell Sama Gagah Lebuhraya PLUS pada 16 September 2020. Menurut laporan, hanya seorang daripada mangsa yang selamat dari kemalangan jiwa itu.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad memaklumkan satu-satunya mangsa terselamat iaitu Nor Aqilah, dilaporkan stabil dan berada dalam pemantauan doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) Kuala Lumpur.

“Hari ini, Nor Aqilah menjalani pemeriksaan mata dan doktor merawatnya memaklumkan penglihatannya bertambah baik tetapi perlu mengambil ubat serta menjalani rawatan susulan.

Mangsa keracunan gas karbon monoksida dalam kereta masih kritikal - Polis | Astro Awani

Nor Aqilah difahamkan tidak memerlukan fisioterapi kerana sudah boleh berjalan seperti biasa dan juga sudah boleh didiscaj hari ini.

“Malah dia juga tidak memerlukan fisioterapi kerana sudah boleh berjalan seperti biasa. Menurut pegawai perubatan, dia mungkin akan discaj petang ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Baca cerita sebelum ini : Tiga Sekawan Maut, Seorang Kritikal Terhidu Gas Karbon Monoksida

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest