Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Nurse Dianggap Pembawa Kuman Kerana Pakai Uniform, Ini Luahan Hati Seorang Frontliner

Semoga terus tabah kepada semua frontliners!

Published

on

Semenjak pandemik Covid-19 melanda, semua jururawat, doktor dan pekerja yang berada di hospital tidak mendapat rehat yang cukup demi menjaga kesihatan orang awam.

Baru-baru ini ada satu perkongsian luahan hati seorang jururawat yang meluahkan rasa sedihnya terhadap segelintir masyarakat yang berfikiran sempit…

Jururawat berkenaan dikenali sebagai Nurul Izzati Liyana Mohd Azhar turut memberitahu dirinya bagaikan disisih oleh segelintir masyarakat disebabkan uniform yang dipakainya.

Mereka beranggapam dia membawa virus dan kuman ke merata tempat hanya kerana dia seorang jururawat yang memakai uniform.

Ada yang tidak membenarkan kami masuk membeli barangan di kedai runcit.

Bukan itu sahaja, pergerakannya menjadi terhad ketika berada di tempat awam sekiranya dia memakai uniform berkenaan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh adiknya di Twitter, kemudian menjadi perbualan netizen yang berang dengan pemikiran negatif begitu.

Jangan risau kami tidak menggunakan uniform yang sama ketika menguruskan pesakit Covid-19. Uniform ini hanya dipakai ketika mengimbas kad sebelum masuk bertugas dan selepas tu pakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Tambahnya setiap petugas hospital akan mendi terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bagi mengelak daripada membawa kuman merata-rata tempat.

Dalam masa yang sama pakaian uniform mereka itu turut akan dibasuh supaya tidak berlaku jangkitan ketika berada di dalam atau luar rumah.

Akui rasa terkilan dengan segelintir masyarakat yang berfikir begitu, Izzati memberitahu bahawa mereka sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap perkara.

Walaupun hospital merupakan tempat berkumpulnya orang sakit, tetapi jangan risau kerana pihak hospital mempunyai cara yang tersendiri untuk mencegah kuman itu daripada merebak di serata tempat.

Diharapkan masyarakat akan lebih bersikap terbuka dan tidak menganggap jururawat atau pekerja hospital merupakan punca kuman merebak ke tempat awam.

Sebagai orang awam, kita sepatutnya menghargai jasa mereka sebagai petugas barisan hadapan yang telah berkorban untuk kesihatan kita semua!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest