Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Padah Baling Batu Dan Sepak Seorang Makcik, Suspek Ditahan Polis!

Sampai hati kan buat orang tua macam tu…

Published

on

Ingat lagi dengan berita seorang warga emas telah dibuli oleh sekumpulan budak lelaki yang berlaku pada 2 Oktober lalu?

Selepas video tersebut telah tular di media sosial, akhirnya empat orang suspek berkenaan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok yang mana kejadian itu telah disahkan berlaku di Banggol Pauh, Bekelam, Bachok Kelantan.

Pada masa yang sama, warga emas yang dikenali sebagai Wan Bidah Wan Deraman itu dikatakan telah mengalami lebam-lebam di badannya.

Video } Polis Tahan 4 Remaja buli dan lastik warga emas | BICARA MINDA

Menurut sebuah portal hiburan tempatan memaklumkan bahawa Wan Bidah yang merupakan ibu tunggal itu sering diganggu oleh suspek berkenaan.

Ketika kejadian itu berlaku, Wan Bidah sedang berjalan seorang diri ke rumahnya sebelum dia ditendang dan dilastik dengan batu oleh remaja berkenaan.

Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta.

Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.

Dimaklumkan juga kini Wan Bidah sudah trauma untuk keluar seorang diri.

Lebih mengejutkan apabila dua orang daripada suspek merupakan anak kepada sepupu Wan Bidah sendiri.

Hasil keputusan Mahkamah Majistret Pasir Puteh telah membenarkan empat remaja tersebut direman selama tiga hari bagi membantu siasatan lanjut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest