Connect with us

Viral

Padah Cucuk Belakang, Pemandu Mahu Elak Tol Ini Kena ‘Sekolah’ Dengan Mangsa

Haa kan dah mendapat….

Published

on

Ini bukanlah kali pertama kita melihat aksi ‘mencucuk’ atau mengekori kereta hadapan untuk mengelak daripada membayar tol.

Walaupun sudah memasuki tahun 2020, namun masih ada individu yang tidak bertanggunggjawab melakukan tindakan tidak bermoral ini.

Perkara ini sememangnya harus dihentikan kerana ia juga boleh mengundang padah kepada pemandu-pemandu lain.

Terbaharu kejadian berlaku di Plaza Tol Exit Kuala Terengganu di Lebuhraya LPT, di mana sebuah kereta jenis Perodua Myvi mencucuk kereta pemilik kenderaan, Kamazuki Junuh iaitu jenis Land Rover Defender daripada belakang kerana mahu mengelak daripada membayar tol yang berharga lebih kurang RM18.

Nak cucuk belakang aku tak nak bayar tol exit Kuala Terengganu LPT. Nasib baik aku sedar dan stop betul betul selepas…

Posted by Kamazuki Junuh on Thursday, 29 October 2020

 

Kamazuki ketika dihubungi Hot FM berkata, dia sempat memberhentikan kenderaannya selepas palang ditutup dan  malang tidak berbau, pemandu Perodua Myvi ini gagal melepas palang menyebabkan kenderaanya terpaksa reverse dan pergi ke lorong sebelah untuk membayar tol.

Perkara itu sempat dirakamkan oleh Kamazuki yang berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab oleh pemandu Myvi itu.

“Nak cucuk belakang aku tak nak bayar tol exit Kuala Terengganu LPT. Nasib baik aku sedar dan stop betul betul selepas palang. Baru dia nak reverse pergi lane sebelah dan bayar.”

“Orang lain boleh kau nak cucuk belakang dengan aku jangan. Tengok la kereta apa kau nak cucuk tu. Kereta dekat 2 tan berat memang taklah aku nak bagi muka.”

Kamazuki turut berkata, bukan pemandu Myvi itu sahaja yang melakukan perbuatan itu, malah rakannya yang menaiki kereta Honda Jazz turut melakukan perkara sama di lorong sebelah.

“Kawan dia yang sorang lagi bawa Jazz GK lepas cucuk kereta kat lane sebelah. Harap dia ingat maki aku sampai tua. Hahah”- Tulis Kamazuki

Difahamkan ini juga bukan kali pertama pemandu Myvi berkenaan melakukan perkara itu. Meninjau di laman sosial Twitter, pemandu Myvi berkenaan pernah tular kerana melakukan perkara yang sama.

No description available.

Kredit Twitter : @SufianABD

Aduhai tolong lah guys, jangan selfish dan bahayakan nyawa orang lain.

Sebelum bergerak ke sesuatu tempat, pastikan dulu baki kad Touch & Go mencukupi.

Sama-sama lah kita jadi rakyat Malaysia yang bermoral.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest