Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Paling Pantas Beri Bantuan, Netizen Harap Ustaz Ebit Lew Dapat Jadi Wakil Rakyat

Semoga urusan Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan…

Published

on

Nama Ustaz Ebit Lew mungkin tidak asing lagi di minda dan bibir rakyat Malaysia selepas bermacam-macam kebaikan dan pertolongan telah diberikan oleh beliau.

Tak cukup sebelum ini beliau menyewa dua buah lori tangki air buat rakyat Selangor yang terputus bekalan air serta banyak lagi, kini Ustaz Ebit Lew kembali dengan memberikan pertolongan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Seperti yang kita tahu, 15 November lalu, Ustaz Ebit Lew telah berkunjung ke Zoo Negara atas permintaan pihak zoo sendiri bagi tujuan menyelamatkan haiwan dan disebabkan itu beliau telah membawa sebanyak 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan serta sayur untuk diberikan kepada haiwan di sana.

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir daripada mereka yang meminta supaya Ustaz Ebit Lew menjadi wakil rakyat supaya selepas ini dia dapat membantu dengan mudah.

 

Ada yang menyifatkan perkara itu mungkin mustahil untuk berlaku kerana beliau turut mempunyai urusan lain untuk dibuat antaranya menguruskan perniagaan atau urusan peribadi lain.

Maka dengan itu, nama beliau kembali trending di laman Twitter apabila ramai mula memperkatakan tentang hal itu.

Mereka menyeru supaya kita dapat terus memberikan derma kepada akaun beliau supaya lebih ramai orang yang kurang bernasib baik dapat dibantu.

Pada yang tidak tahu, tujuan mengapa beliau menunjukkan semua pertolongan yang diberikan ialah sebagai bukti bahawa wang yang diderma oleh orang ramai telah disalurkan kepada tempat yang betul iaitu membantu mereka yang memerlukan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih mereka kepada beliau atas kebaikan yang telah ditunjukkan itu.

Apa pun semoga urusan Ustaz Ebit Lew dipermudahkan dan diharapkan lebih ramai yang dapat dibantu selepas ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest