Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Patut Dulu Aku Report” Isu KPDNHEP Serbu Premis Makanan Buat Pelajar Asrama Throwback Kenangan Lama

Siapa pernah lalui juga?

Published

on

Pada 2 November lalu, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menyerbu premis perniagaan selepas mendapat maklumat tentang penggunaan bahan palsu dalam makanan.

Pihak mereka telah mengeluarkan saman terhadap premis terbabit kerana menghidangkan minuman dengan jenama dan kualiti berlainan berbanding yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dikenakan itu.

Mereka berasa berpuas hati kerana selama ini mereka bagaikan telah ditipu oleh segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang menjadi lucu ialah ada netizen yang memuat naik twit mereka di laman Twitter memberitahu tentang kekesalan mereka kerana tidak membuat laporan itu ketika berada di bangku sekolah dahulu.

Sesiapa yang pernah ada pengalaman masuk ke sekolah berasrama mesti akan lalui situasi yang mana makanan yang diberikan mempunyai rasa berlainan.

Kebiasaannya kalau di asrama, pastinya situasi begitu sudah menjadi kebiasaan buat semua pelajar sehingga ada yang sanggup tahan lapar kerana tidak mahu makan makanan ‘fake’.

Bukan setakat makanan, air pun kadang-kadang ada rasa pelik.

Namun ada beberapa netizen memaklumkan bahawa kebanyakan dewan makan di sekolah asrama mempunyai syarikat tender makanan yang tersendiri dan perkara itu tidak dapat dielakkan oleh pihak asrama.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest