Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Pemandu Bawah Pengaruh Dadah Dan Tiada Lesen Memandu ‘Sebat’ Dua Kereta Hingga Sebabkan Kematian

Berani betul memandu tanpa lesen ya…

Published

on

Semenjak 10 Oktober, tular satu video pendek berdurasi 36 saat di media sosial menunjukkan satu rakaman kemalangan jalan raya.

Kejadian kemalangan maut itu berlaku berhampiran sebuah pusat beli belah di Johor Bahru yang melibatkan tiga kenderaan.

Secara tiba-tiba muncul sebuah kereta yang dibawa dengan laju di persimpangan lampu isyarat berkenaan sehingga merempuh kenderaan lain di hadapannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, ujian saringan telah dilakukan terhadap pemandu tersebut dan didapati wanita berkenaan positif dadah.

Kemalangan itu juga telah melibatkan dua lagi mangsa lain yang mana salah seorang daripada mereka telah maut ditempat kejadian.

Jenazah mangsa yang merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dikenali sebagai Mohd Rizal Buseri itu telah selamat dikebumikan pada petang semalam dan arwah juga telah meninggalkan seorang balu bersama tiga lagi anak yang masih kecil.

Pada masa yang sama, suspek berkenaan disahkan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan kenderaan juga telah tamat tempoh.

Ramai netizen meluahkan rasa geram mereka di Twitter terhadap kejadian yang berlaku.

Maka dengan itu netizen telah mula mencari media sosial suspek tersebut dan didapati Facebook miliknya telah dinyah aktif.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest