Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Pemuda Ini Ada Bakat Tiru Suara Selebriti, Sampai Nada Siti Nurhaliza Pun Dia Boleh Ikut Sebijik!

Terkejut Aafiyah dengar suara ni…

Published

on

Mampu untuk meniru suara selebriti ialah satu bakat yang luar biasa kerana bukan mudah untuk kita bercakap atau menyanyi sama seperti seseorang itu.

Tetapi pemuda bernama Muhammad Amir Syafiq atau lebih dikenali sebagai Amsyar Lee ini mampu untuk meniru suara beberapa selebriti tempatan, antaranya ialah Elizabeth Tan, Ning Baizura, Dayang Nurfaizah, Jacklyn Victor, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ramai lagi.

Baru-baru ini Amsyar ada memuat naik video nyanyiannya bersama dengan Siti Shower iaitu pemuda yang turut mempunyai suara yang sama seperti TokTi.

Siti Shower sebelum ini dikenali kerana video miliknya menyanyi di dalam tandas tular di media sosial.

Apa yang menariknya tentang video tersebut ialah mereka masing-masing berduet menyanyikan lagu baharu TokTi berjudul Siapa Tak Mahu dan kedua-duanya mempunyai suara yang hebat!

Tetapi sayangnya video asal di laman TikTok itu telah dibuang kerana dikatakan Amsyar menerima banyak kritikan daripada netizen yang seolah-olah bitter kerana dia bagaikan berusaha keras untuk meniru suara penyanyi nombor satu negara itu.

Bukan itu sahaja, Amsyar juga ada membuat video meniru suara beberapa selebriti di akaun TikTok miliknya sehingga mendapat pujian ramai.

@amsyar_sadri

Want more oder?

♬ bunyi asal – amsyarleee – amsyarleee

Tak sangka ya, ada juga orang yang mempunyai bakat meniru suara sebijik macam ni.

Risau pula selepas ini ada yang confuse antara Amsyar dengan selebriti asal sebab suara dah lebih kurang sama je.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest