Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Pemuda Ini Diminta Beli Barang Dapur, Ramai Yang Cuba Teka Senarai Ditulis Isterinya

Cuba teka..

Published

on

Ketika musim pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan di beberapa negeri waktu ini, nampaknya ramai yang sudah cuba untuk amalkan kawalan kendiri.

Antaranya termasuklah untuk sentiasa berada di dalam rumah sekirnya tiada keperluan berada di luar.

Namun, bagi kaum hawa pastinya mempunyai tugas hakiki iaitu menyediakan makanan buat seisi keluarga.

Jadi mungkin ada dalam kalangan pasangan yang gemar membahagikan tugas, di mana sang suami pastinya ditugaskan untuk keluar membeli barang keperluan.

Perkara itu terjadi kepada seorang pengguna Twitter bernama Fazrul Azreen yang menerima senarai barang dapur yang perlu dibeli untuk isteri tercinta.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah tulisannya yang unik dan sukar difahami ramai.

Keputusan suaminya untuk memuat naik tulisan itu adalah untuk orang ramai meneka apakah pekerjaan isterinya itu.

Namun, ramai pula yang menjawab dan meneka perkara sebaliknya iaitu senarai barang-barang yang perlu dibeli.

Lihat jawapan-jawapan mereka:

Ciapan berkenaan sehingga kini telah meraih lebih daripada 7,400 perkongsian dan reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan tweet itu.

 

Sumber daripada: Twitter Fazrul Azreen

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest