Connect with us
Selamat Hari Raya

Viral

Penghantar Makanan Bantu Tolak Kereta Dalam Banjir, Motosikal Sendiri Berendam Dalam Air

Bagusnya mereka ni

Published

on

Cuaca hujan berterusan boleh menyebabkan air bertakung dan berlaku banjir.

Bila keadaan ini berlaku, ada kenderaan yang berada dalam banjir pun akan turut terjejas.

Pada 25 November 2020, pemilik akaun Twitter @illynaibrahim telah memuat naik satu ciapan.

Perkongsian itu memberitahu bahawa pemilik akaun berhasrat untuk mencari penghantar makanan yang dipanggil sebagai Ako dan Jidin, kerana telah membantunya menolak kereta dalam air banjir.

Pemilik akaun Twitter tersebut kemudiannya berkongsi video yang menunjukkan motosikal yang digunakan Ako dan Jidin pula sedang ‘berendam’ dalam air banjir.

Pencarian wanita tersebut khabarnya telah berjaya setelah beliau menemui insan-insan mulia yang membantunya.

Menurut pemilik akaun iaitu Puan Illyna, kejadian itu bermula setelah beliau baru pulang dari sebuah klinik, dan telah melalui satu kawasan banjir yang menyebabkan enjin keretanya mati.

Kemudian, beliau turun dari kereta bersama bayinya yang berusia dua bulan.

Pada waktu itu, terdapat tiga orang insan mulia yang membantunya menolak kereta dalam banjir.

Puan Illyna yang tidak sempat berterima kasih pada waktu kejadian berharap, semoga mereka yang membantunya sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Diharapkan perkara baik seperti ini dapat dicontohi, dan mereka ini diberi balasan baik atas perbuatan mereka.

 

Sumber: Twitter Puan Illyna Ibrahim

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest