Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Pergi Veterinar Pun Kena Ada Surat Ke?” Dakwa Polis Tak Rileks, Gadis Ini Teruk Dihentam Netizen

Patuhi arahan pihak berkuasa..

Published

on

Umum mengetahui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya sesebuah negeri itu dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antaranya termasuklah larangan merentas daerah kecuali sekiranya individu itu mempunyai kecemasan ataupun tugasan kerja yang perlu disempurnakan.

Namun, mereka yang mempunyai hal penting seperti itu juga perlu menunjukkan surat pengesahan daripada majikan ataupun yang telah dipohon daripada pihak berkuasa.

Baru-baru ini tular berkenaan seorang gadis yang ingin menghantar haiwan peliharaannya ke veterinar, namun ia menjadi perdebatan hebat antara gadis tersebut dengan netizen di laman Twitter pada 24 Oktober.

Sesudah memberhentikan kenderaan, polis berkenaan meminta kad pengenalan dan lesen gadis tersebut.

Gadis itu mengeluarkan kad pengenalannya dan menyatakan bahawa beliau mahu ke veterinar untuk menghantar kucing peliharaannya.

Namun, sudah menjadi tugas pihak polis untuk meminta surat permohonan merentas daerah sebelum melepaskan seseorang itu ke daerah lain, tetapi gadis itu gagal menunjukkan surat itu.

Jelas gadis tersebut, dia juga keliru bahawa dia perlu memberhentikan kenderaannya.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata berpihak kepada pihak polis yang hanya menjalankan tugas:-

Namun, terdapat juga yang menyebelahi gadis tersebut dengan meminta bahawa pihak polis supaya bertutur dengan baik.

Apa-apa pun, jangan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Seharusnya rakyat Malaysia bersatu hati melawan pandemik COVID-19 dengan bertolak ansur, dan faham tugas masing-masing..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest