Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Perli Syed Saddiq Asyik Main TikTok Dan Tak Buat Kerja, Cleopatra Akui Mereka Pernah Menjalin Cinta Tapi…

Hmm, macam mana nak settle ni eh?

Published

on

Ketika negara sedang mengalami masalah genting ini, pastinya ramai yang memerlukan bantuan lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang sedang ingin membina kehidupan.

Nama Yang Berhormat Syed Saddiq semestinya tidak asing lagi di telinga rakyat Malaysia kerana sebelum ini dia pernah bergelar Menteri Belia dan Sukan, namun kini Syed Saddiq telah menyandang jawatan sebagai Adun Muar.

Satu twit yang dimuat naik oleh Cleopatra hari ini telah mengundang kemarahan beberapa netizen kerana kelantangannya mempersoalkan tugasan Syed Saddiq.

Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shahruddin sebelum ini dikenali disebabkan kemunculannya di dalam bilik mesyuarat bersama dengan Syed Saddiq ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Belia Dan Sukan.

Ada netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan Cleopatra memuat naik twit sedemikian walhal sebelum ini mereka pernah bertemu.

Dalam masa yang sama, Syed Saddiq juga merupakan salah seorang pengguna aplikasi TikTok yang sering menjadi medium untuknya berkongsi video tentang aktiviti harian serta peringatan untuk rakyat.

@syedsaddiqLet’s do our part to heal our mother earth! 🌱🌏 ##NationalEnvironmentDay♬ original sound – Syed Saddiq

Selain itu, netizen berpendapat Cleopatra tidak sepatutnya berkata begitu kerana mungkin ada perkara lain yang telah dilakukan oleh Saddiq tetapi tidak kita sedari yang mana sedikit sebanyak telah membantu untuk membangunkan negara kita.

Sehubungan dengan itu, Cleopatra turut membalas dakwaan digelar hipokrit kerana baginya dia tidak mendapat apa-apa keuntungan atau kerugian atas perkara itu.

Cuma apa yang lebih menarik perhatian ialah satu pengakuan yang dibuat oleh Cleopatra sendiri di akaun Instagram miliknya.

Ada seorang pengikutnya bertanyakan sama ada Cleopatra dan Syed Saddiq pernah menjalin cinta sebelum ini, dan jawapannya itu sangat mengejutkan.

Yes, we did. Tidak ada jodoh.

Namun perkara itu tidak dijelaskan dengan lebih lanjut oleh Cleopatra sendiri, mungkin kerana tidak mahu perkara itu diperbesarkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest