Connect with us
Hot FM

Viral

Raya Tu Raya Juga, Ini 4 SOP Aidilfitri Yang Perlu Kita Ikuti!

Dalam kita seronok beraya, jangan sampai lupa patuhi SOP yang ditetapkan ya!

Published

on

Tanggal 13 Mei, seluruh umat Islam telah meraikan 1 Syawal selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.

Namun dalam kita meraikan Aidilfitri ini, jangan dilupakan bahawa seluruh Malaysia masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Maka dengan itu, terdapat beberapa SOP Aidilfitri yang perlu kita patuhi supaya tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa.

TAKBIR RAYA

Kawasan PKP, PKPB & PKPP- Dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri

Kawasan PKPD- Tidak dibenarkan

Amalan takbir raya rumah ke rumah juga tidak dibenarkan

ZIARAH HARI RAYA

Kawasan PKP- hanya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja, dengan tetamu tidak melebihi 15 orang

Kawasan PKPB- hanya dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal sahaja, dengan tetamu terhad kepada 20 orang

Kawasan PKPP- hanya dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal sahaja, dengan tetamu tidak melebihi 25 orang

Kawasan PKPD- sambutan hanya bersama ahli keluarga dalam rumah yang sama sahaja. Tidak dibenarkan keluar daripada rumah serta saling kunjung-mengunjung.

ZIARAH TANAH KUBUR

Kawasan PKPP dan PKPB- Dibenarkan tidak melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak lebih 30 minit
Kawasan PKPD dan PKP tidak dibenarkan

TIADA RUMAH TERBUKA

Rumah terbuka merupakan majlis yang ditunggu-tunggu oleh kita semua tapi tidak pada tahun ini ya.

Sudah setahun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, sudah semestinya kita perlu membiasakan diri.

Sama-sama kita mengingati antra satu sama lain dan jangan lupa #KitaJagaKita

Sumber foto: Google

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest