Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Redah Hujan Bersama Basikal Uzur Untuk Hantar Makanan, Pemuda Ini Tampil Bantu Belikan Basikal Baharu

Humanity restored…

Published

on

Rakyat Malaysia dikenali sebagai rakyat yang sangat pemurah. Walaupun kita masih berada di dalam situasi pandemik, di mana ramai yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan, perkara itu tidak menjadi penghalang untuk mereka terus membantu individu yang memerlukan.

Antaranya salah seorang pemuda ini yang mahu dikenali sebagai Syamieyl, juga merupakan seorang pengurus di NGO Al-Hikmah Charity, memuat naik bebenang ciapan mengenai seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar makanan dengan menaiki basikal.

Al-kisahnya, rakan Syamieyl membuat pesanan makanan secara dalam talian menggunakan aplikasi Foodpanda untuk menyambut hari lahir anaknya dan dari situ terjumpa penghantar makanan berkenaan ataupun nama sebenarnya Mohd Afizull Imran.

“Kisah bermula petang semalam lepas member aku order makanan dkt Food Panda utk celebrate birthday anak dia, then bila turun ambik makanan abg food panda ni berbasikal, dah la basikal uzur, redah hujan lebat pulak tu”- tulis Syamieyl di Twitter

Image

Tersentuh hati melihat penghantar makanan itu sanggup meredah hujan bersama basikal uzur untuk menghantar makanan mereka, Syamiel menawarkan diri untuk membantu membeli basikal yang baharu.

Ikuti kisah yang ditulis Syamieyl ini :

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Syamieyl dan rakannya kerana sanggup membantu penghantar makanan berkenaan.

Apabila ditanya mengenai pemuda itu, Syamieyl berkata dia tidak meminta sebarang bantuan daripada mereka malah bersyukur kerana ada yang sanggup membantunya.

Semoga lebih ramai rakyat Malaysia ada kesedaran untuk membantu satu sama lain.

Ingat, di dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain juga.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest