Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Remaja Masih Bersekolah Tambah ‘Bini’ Lagi Selepas Seminggu Bernikah

Isteri pertama akur dan redha…

Published

on

Apabila berbicara soal poligami, pasti ada dalam kalangan kita yang mempunyai pandangan berbeza-beza.

Ada yang bersetuju untuk hidup bermadu dan ada juga yang menolak perbuatan itu.

Poligami sah di sisi islam tetapi itu bukan alasan untuk kaum Adam menyalahgunakan konsep poligami demi kepuasan nafsu zahir dan batin sendiri.

Nikah usia muda jangan jadi sesalan

Foto sekadar hiasan

Baru-baru ini tular di laman sosial seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lombok, Indonesia yang masih bersekolah di sebuah sekolah vokasional, membuat keputusan untuk menikahi dua orang gadis.

Apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu baru sahaja bernikah dengan isteri pertamanya, sebelum membuat keputusan menambah satu lagi ‘cawangan’ seminggu kemudian.

Fuhh, bukan seorang tetapi dua orang dalam dua minggu!

Remaja nikahi 2 isteri dalam 2 minggu

Keputusan yang dilakukan lelaki itu bukan sahaja mengejutkan isteri pertama, malah ibunya turut pengsan sebaik mendengar permintaan anaknya itu.

Turut meluahkan perasaan, isteri pertamanya kecewa dengan keputusan dibuat suaminya, dia juga tidak menyangka tetamu yang hadir rupanya adalah keluarga isteri kedua.

Dirinya terpaksa akur dan redha dengan takdir mereka.

“Saya sangka mereka hanyalah tetamu yang datang berkunjung tetapi sebenarnya keluarga isteri kedua.”

“Saya kecewa namun perkara ini sudah terjadi dan saya perlu berusaha untuk hidup bahagia,” katanya.

LELAKI berusia 18 tahun bersama dua isterinya. FOTO AGENSI

Dalam pada itu, disebabkan anak dan menantunya masih di bawah umur, ayah lelaki terbabit bersetuju menjalankan pernikahan secara adat tanpa membabitkan pejabat pentadbiran agama.

Sumber memberitahu, kedua-dua isteri masih belajar. Isteri pertamanya baru saja tamat pengajian di Sekolah Menengah Rendah manakala isteri keduanya masih menuntut di Sekolah Menengah Atas.

Pihak keluarga lelaki juga berharap agar pihak sekolah tidak mengenakan sebarang tindakan kerana mereka bernikah ketika masih bersekolah.

Kata keluarga pengantin lelaki, pelajaran perlu diteruskan untuk masa depan mereka.

“Pengajian mereka perlu diteruskan kerana ia akan digunakan untuk mendapat pekerjaan yang baik kelak”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyokong perbuatan lelaki remaja itu kerana masih bersekolah.

Tak kurang juga yang menyokong kononnya boleh mengelakkan maksiat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest