Connect with us
Hot Selebriti

Viral

“Respect Mereka, Mereka Akan Respect Kita, Jangan Seksa”- Datin Umie Aida Kongsi Kisah Anjing ‘Blacky’

Humanity restored…

Published

on

Siapa yang tidak kenal dengan Datin Seri Umi Khalsum binti Rahmad Ali atau lebih mesra dipanggil Datin Umie Aida yang merupakan seorang pelakon, penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan.

Untuk yang mengikuti Datin Umie di laman sosial pasti tahu betapa sayangnya beliau terhadap haiwan.

Baru-baru ini Datin Umie telah mengubah persepsi masyarakat terutamanya yang beragama Islam apabila beliau dilihat bergambar bersama dua ekor anjing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Forever Doggo (@myforeverdoggo)

Menceritakan bagaimana dia berjumpa dengan seekor anjing jalanan di kawasan perumahannya menerusi hantaran yang di muat naik oleh My Forever Doggo itu :

“Suatu hari, saya nampak mereka (sekumpulan anjing) macam minum air dekat tepi longkang, dari situ saya rasa kesian. Kenapa tidak saya sendiri sediakan bekas berisikan air berikan kepada mereka.

“Kemudian DBKL datang ambil, kecuali seekor anjing ‘Blacky’ yang melarikan diri, tak tahu dekat mana dia menyorok, itulah tinggal dia seekor sampai sekarang,” katanya ketika ditemu bual dengan My Forever Doggo.

Menurut Umie Aida, anjing itu sangat istimewa dan seperti ‘menghormati’ dirinya sebagai seorang Muslim di mana Blacky tidak meminta dibelai.

“Dia tak pernah datang dekat dengan saya dan tidak minta saya untuk pegang dia pun. Malah, dia tak berak atau kencing merata-rata di kawasan rumah saya. Dia akan pergi masuk ke dalam hutan untuk berbuat demikian.

“Jadi, saya ajar anak-anak menyayangi haiwan, bila mereka tengok saya sayang kepada haiwan itu, rasa sayang mereka kepada haiwan ini juga akan datang secara semula jadi,” katanya.

Menurut Datin Umie lagi, kasih dan cinta kepada haiwan itu tidak boleh dipaksa tetapi sekurang-kurangnya cuba hargai mereka sebagai makhluk ciptaan tuhan.

“Kita tak boleh paksa orang untuk cintakan anjing, kucing atau burung ke, tapi hargailah mereka sebagai makhluk ciptaan Tuhan” – Umie Aida

“Jadi, kita janganlah seksa haiwan-haiwan ini, bila kita respect mereka, dalam masa yang sama mereka juga akan respect kita,” katanya.

Sehingga kini anjing yang diberi nama ‘Blacky’ itu menjadi penunggu setia di hadapan rumahnya dan sering diberi makan dan minum.

Respect!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest