Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Rezeki Dapat Bibik Penyayang, Ramai Puji Pembantu Rumah Datin Shahida

Alhamdulillah…

Published

on

Kita semua tahu bahawa Dato’ Sri Aliff Syukri mempunyai ramai ahli keluarga yang mana beliau mempunyai seramai lima orang anak dan seorang anak angkat.

Disebabkan itu mereka tentunya memerlukan ramai pembantu rumah dalam membantu menguruskan kebajikan anak-anak di rumah.

Pada 11 Disember lalu, Datin Shahida telah memuat naik satu foto berserta caption penghargaan kepada salah seorang pembantu rumah yang telah menjaga anak-anaknya daripada kecil hingga besar.

Menurut Datin Shahida, pembantu rumah mereka yang hanya dipanggil Bibik itu tidak pandai membaca huruf ABC tetapi pandai mengaji Al-Quran.

Tambahnya lagi, Bibik tersebut sudah berkhidmat semenjak anak ketiga mereka iaitu Ibraheem Adham masih bayi.

Ini bermaksud sudah hampir 10 tahun Bibik itu berkhidmat dengan mereka sekeluarga.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif yang menganggap pembantu rumah yang baik merupakan rezeki buat majikan.

Bagi mereka, bukan mudah untuk mempunyai pembantu rumah yang sudi berkhidmat dalam tempoh yang lama.

Sumber foto: Instagram Datin Shahida

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest