Connect with us
Hot FM

Viral

“Sado Lah Tu?” Buka Baju Tayang Body Waktu Cucuk Vaksin, Ramai Tak Setuju Dengan Tindakan Lelaki Ini

Katanya pakaian yang dipakainya itu sudah cukup selesa dan mudah untuk diselak sewaktu cucuk vaksin

Published

on

Seperti kita sedia maklum, sekiranya seseorang ingin mengambil vaksin, kita dinasihatkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian.

Tetapi itu tidak bermaksud kita boleh memakai apa sahaja jenis pakaian yang dianggap ‘mudah’ untuk diselak sewaktu proses cucuk itu nanti.

Mana tidaknya, seorang pemuda yang berbadan sasa itu dengan selamba menyelak jaket yang dipakainya sehingga menampakkan susuk tubuhnya.

Disebabkan itu, terpampang susuk tubuhnya yang sasa itu dihadapan petugas dan pengunjung yang lain.

Tindakan mengejutkan itu dapat perhatian ramai kerana dianggap tidak senonoh.

Ia dianggap telah mengganggu petugas serta pengunjung di sana kerana sudah jelas dinyatakan kita perlu memakai pakaian yang sesuai.

Setakat ini, pemuda itu masih mempertahankan dirinya dan mengatakan bahawa apa yang dipakainya itu langsung tidak mengundang sebarang kecaman.

Apa pun, semoga apa yang terjadi ini akan menjadi pengajaran kepada kita semua supaya mengenakan pakaian yang sesuai ketika menghadiri temujanji vaksin.

Sumber foto: Twitter

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest