Connect with us
Hot FM

Viral

‘Sama Tetapi Tidak Serupa’- PDRM Sahkan Bukan Addy Kana ‘Lompat Pagar’ Tetapi…

Bukan dia laaa…

Published

on

Seorang tahanan ‘Macau Scam’ didakwa melarikan diri baru-baru ini dengan memanjat pintu pagar belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya. Perkara itu mencetus tanda tanya netizen bagaimana ‘tahanan’  itu boleh terlepas dengan memanjat pagar yang tinggi itu, ia seolah-olah tidak masuk akal.

Terutamanya apabila ada yang menganggap ‘tahanan’ yang melarikan diri itu adalah Datuk Addy Kanna yang dikatakan sebagai suspek utama dalam kes ini.

Image

Hasil semakan CCTV mendapati suspek melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibantu dua pengawal peribadinya. Suspek dipercayai memanjat pagar dan meloloskan diri dengan menaiki kereta jenis Produa Myvi dipandu seorang lagi pengawal peribadi.

Berhubung kejadian itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil memberi kenyataan di laman rasmi PDRM mengesahkan bahawa bukan Addy Kana yang melarikan diri, tetapi Goh Leong Yeong yang terlibat dalam jenayah perjudian online.

Image

Image

Sumber : PDRM

Meninjau ke ruangan laman sosial Twitter, pelbagai reaksi lucu netizen yang mengingatkan bahawa tahanan yang lari itu adalah Addy Kana tetapi rupanya Datuk Seri lain..

Jadi guys, sebelum kita sebarkan maklumat pastikan dahulu maklumat ataupun info yang kita sebarkan itu adalah dari sumber yang sahih okay!

Info terkini, pihak polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest