Connect with us
Hot FM

VIRAL

Sanggup Personal Mesej Selebriti Untuk Beri Nasihat, Peminat Neelofa Beri ‘Usrah’ Macam Kem Motivasi

Niat mahu beri nasihat namun tindakan peminat tegar Neelofa mencuit hati warganet!

Published

on

“Assalamualaikum Kak Nelo…. hahahaha muzik dah macam kem motivasi sesi pengorbanan mak ayah hahaha”

Umum mengetahui bahawa hubungan seseorang selebriti dengan peminat bagaikan sukar untuk dipisahkan.

Sejak dijulang sebagai dewi bagi sebuah program kira-kira 11 tahun lalu, nama selebriti terkenal Noor Neelofa tidak pernah lekang daripada menjadi buah mulut di antara pengikutnya.

Namun begitu, meskipun ada yang sering menjadikan selebriti ini sebagai idola dan sumber inspirasi, tidak kurang juga ada segelintir pencinta seni yang seakan-akan kurang gemar akan keterampilan personaliti Neelofa sebagai seorang yang terkenal.

Hal yang demikian tidak menjadi titik tolak faktor utama keterbukaan segelintir selebriti berkongsi mengenai kisah kehidupan peribadi di laman sosial dikatakan telah membuka ruang kepada peminat dan orang ramai untuk memberikan pandangan mereka sama ada berbentuk cemuhan atau nasihat.

Mengetahui bahawa isu-isu hangat dan kontroversi sering dikaitkan dengan selebriti ini, rata-rata peminat tegar Neelofa sudah mulai kesal akan setiap dakwaan yang dipalitkan dan bertindak menasihati individu terbabit secara langsung.

Terbaharu, tular di laman Twitter sebuah video TikTok yang mempamerkan rakaman suara seorang peminat yang bertindak berani untuk menasihati Neelofa menerusi hantaran mesej di laman Instagram selebriti berkenaan.

Rakaman berkenaan dilihat seperti sedikit lucu kerana penggunaan muzik yang dikatakan bernada sayu ala-ala kem motivasi itu telah mencuit hati para netizen yang mendengar perbualan berkenaan.

Meskipun, hantaran yang dibuat itu berniat baik namun dikatakan tiada maklum balas daripada pihak selebriti berkenaan.

Walau bagaimanapun, orang ramai tetap dinasihatkan untuk tidak memberi sebarang tekanan kepada selebriti terbabit, selain tidak mencampuri urusan ketika mereka berdepan kemelut peribadi.

Tidak salah menegur selebriti kesayangan namun biar kena pada gaya dan bahasa agar apa yang ingin disampaikan itu tidak disalah tafsir.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Twitter

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest