Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

‘Saya Sanggup Mati, Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak’- Terima Ugutan Ancaman, Syamsul Yusof Buat Laporan Polis

Semoga Syamsul sekeluarga terus kuat…

Published

on

Sudah jatuh ditimpa tangga, itu peribahasa yang boleh digambarkan buat pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof apabila dia menerima ugutan keterlaluan yang mengancam keselamatan keluarga dan maruahnya.

Tidak mengenali individu terbabit mahupun berdiam diri, Syamsul tampil membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang semalam berkenaan mesej yang diterima melalui akaun bernama ‘Velvelblackkl’ di laman sosial Instagramnya.

View this post on Instagram

Gara-gara ada pihak cuba menggugat maruah dan keselamatan keluarga Syamsul sudah pun membuat laporan polis untuk tindakan undang-undang. #hliveeksklusif

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Syamsul ketika ditemui menceritakan kejadian itu di mana dia tidak menyedari bilakah mesej itu dihantar kepadanya dan hanya menyedarinya baru-baru ini.

“Saya baru menyedari kewujudan mesej itu kira-kira jam 10 malam semalam dan saya tak pasti bila ia dihantar.”

“Saya tak tahu sama ada dia bermusuh dengan saya atau apa, tapi yang pasti mesejnya berbaur ugutan dan mengancam keselamatan saya serta keluarga. Ia sangat keterlaluan” 

Mesej yang berbaur ancaman dan menggugat maruahnya itu makin menjadi-jadi terutamanya selepas isu rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah mula menjadi bualan.

“Saya pernah melihat akaun Instagram itu awal tahun lalu, tapi tak terlalu bagi tumpuan pun. Tapi, semakin lama dia semakin berani mengugut,” katanya.

Menurut pelakon dan pengarah filem Munafik itu, isterinya juga pernah diekori individu tidak dikenali kira-kira sebulan lalu.

“Waktu itu, Sarah memaklumkan dia diekori individu tidak dikenali yang bertubuh besar dan memakai gelang. Pada waktu itu lagi saya sepatutnya sudah buat laporan polis,” katanya.”

Dalam pada itu, Syamsul juga menegaskan kepada mana-mana individu yang tidak puas hati dengannya, untuk tampil dan berjumpa dengan pengarah itu.

“Kalau tak puas hati, jumpa saya depan-depan. Saya sanggup mati, tapi jangan sentuh anak-anak. Saya sudah lama bersabar, jadi saya takkan jadi ‘Mr Nice Guy’ lagi selepas ini kerana ini sudah melampau,” katanya.

September lalu, Syamsul berdepan fitnah daripada seorang YouTuber dan mengambil tindakan untuk menyaman. Dalam pada masa yang sama, timbul dakwaan isterinya, Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, sehingga kini Puteri masih berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest