Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Pasangan Ini Tangkap Gambar Kahwin Guna Telefon, Photographer Ini Bantu ‘Shoot’ Percuma

Respect!

Published

on

Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang jurugambar menawarkan bantuan kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin apabila melihat mereka sedang menangkap gambar kahwin menggunakan telefon bimbit. Jadi secara spontan, terpanggil untuk membantu, jurugambar yang dikenali sebagai Ahmad Uzair Bin Abd Halim atau pun Jai ini menawarkan perkhidmatan beliau secara percuma kepada pasangan itu.

Menurut Jai, pada mulanya pasangan itu menolak kerana risau akan kos yang perlu dibayar oleh mereka.

“Awal2 tu depa tolak. Depa kata xpa2. Mgkin depa pikir saya akan kenakan cas mahal2 dekat depa”

Niat hanya mahu mengambil gambar sekadar suka-suka, pasangan pengantin itu kemudian bersetuju gambar mereka diambil oleh Jai.

“Pastu saya bgtau laa, ” xpaa.. X yah bayar xpa.. Sbb saya pon suka2 ja nak shoot.” Lepastu depa bincang2 nak setuju utk biarkan saya shoot depa”

 

Kredit Gambar : Instagram @uzairilation

 

Turut berkongsi, Jai memberitahu sebelum kejadian itu, dia berada di taman berkenaan kerana ada job bersama pengantin sebelumnya.

“Awal tu saya memang ada shoot pengantin dekat situ. Then, lepas selesai shoot awai2 tu saya ajak la kawan stay sekejap dekat taman tu sbb saya ingat nak shoot random dekat situ.”

Selesai penggambaran, Jai bersama rakannya menunggu seketika di taman itu untuk mengambil gambar dan ketika itu lah dia terjumpa pasangan pengantin berkenaan yang dilihat sedang mengambil gambar mereka dengan bantuan saudara menggunakan telefon bimbit.

 

Kredit Gambar : Instagram @uzairilation

 

Tidak mengharapkan balasan, ciapan yang dimuat naik oleh Jai itu turut mendapat pelbagai reaksi positif warganet yang kagum dengan usahanya itu.

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest