Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“See You In Court!” Hidung Kena Jolok Dengan Nurse, Influencer Ini Dikecam Oleh Netizen

Hmm no comment…

Published

on

Semenjak awal tahun 2020 ini, petugas barisan hadapan sudah sehabis baik mengorbankan masa dan nyawa mereka demi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk di seluruh dunia.

Namun, tindakan seorang influencer ini bagaikan menikam belakang para petugas barisan hadapan apabila beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima ketika melakukan swab test Covid-19.

Pada 15 Disember lalu, seorang influencer telah memuat naik beberapa Instagram story menceritakan kisahnya dikasari oleh seorang jururawat.

Menurutnya, jururawat tersebut telah melakukan swab test dengan begitu kasar keatas dirinya dan akibat tidak puas hati, influencer tersebut telah mengambil keputusan untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan dan turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Sabah.

Baginya, jururawat tersebut tetap bertindak kasar walaupun pada mulanya sudah diminta untuk melakukan swab dengan perlahan-lahan dan disebabkan itu telah berlakunya pertumpahan air mata akibat rasa sakit pada bahagian hidungnya.

Dalam masa yang sama, Instagram story tersebut telah mendapat perhatian ramai dan influencer tersebut dikecam dengan hebat kerana sikapnya itu.

Bagi segelintir netizen, apa yang dilakukan oleh jururawat tersebut sememangnya mengikut procedur yang sepatutnya ketika melakukan swab test dan bukannya dengan sengaja menjolok hidungnya sehingga begitu sekali.

Bukan itu sahaja, ramai turut menyebelahi jururawat tersebut dan meminta supaya ada tindakan yang dilakukan ke atas influencer berkenaan kerana sikap tidak bertanggungjawabnya itu.

Beberapa doktor di Twitter turut mempersoalkan tindakannya kerana mengambil video tanpa kebenaran jururawat tersebut dengan tujuan untuk memalukannya.

Namun, influencer berkenaan telah membuat permohonan maaf terhadap jururawat tersebut dan menganggap mungkin apa yang berlaku itu disebabkan rasa stress yang melanda diri petugas barisan hadapan.

Sekali lagi, influencer tersebut telah dikecam kerana masih ingin mempertahankan diri walaupun sudah membuat permohonan maaf.

Semoga apa yang terjadi ini dijadikan sebagai pengajaran kepada semua orang untuk sentiasa menghargai jasa petugas barisan hadapan.

Sumber foto: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest