Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Sekiranya Kamu Tak Dapat Jaga, Kembalikanlah Kepada Kami,” Pesanan Bapa Ini Buat Ramai Sebak

Sediakan tisu sebelum baca..

Published

on

Ibu bapa mana yang tidak berat untuk melepaskan anak masing-masing, lebih-lebih lagi selepas akad itu selesai dibacakan.

Pastinya suasana pilu menyelubungi keadaan ketika itu kerana bermula dari saat itu, berpindahlah amanah Allah S.W.T yang pada awalnya diletakkan pada bahu kedua ibu bapa, kepada seorang suami.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Nuhamoza telah berkongsi satu video yang dirakam pada sebuah majlis akad nikah.

Dapat dilihat bapa kepada pengantin perempuan berasa sebak untuk melepaskan anaknya kepada suaminya.

“Kalau kamu datang ambil dia cara begini, sekiranya kamu tidak dapat melaksanakan amanah kamu, kamu kembalikanlah kepada kami,” ujarnya dengan nada sebak

Menerusi ruangan komen, rata-rata turut merasakan perkara yang sama dan ada juga yang teringatkan kisah ketika mereka selamat dinikahkan.

Menurut Nuhamoza, video tersebut telah dirakam dan disunting oleh abangnya yang juga seorang jurugambar.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai. Semoga bahtera yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga..

 

Sumber daripada: Twitter @ajayituhaziyah

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest