Connect with us
Hot Selebriti

Update

“Sepandai-Pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Ke Tanah Jua”- Suspek ‘Lompat Pagar’ Berjaya Diberkas

Harap-harap tak 'lompat pagar' lagi…

Published

on

Seorang tahanan ‘Macau Scam’ didakwa meloloskan diri sebaik dibebaskan baru-baru ini dengan memanjat pintu pagar belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada 11 Oktober lalu.

Macau Scam : "Addy Kanna & Alvin Goh Tidak Terlibat" - PDRM | BuzzKini
Terkini, suspek utama kes pengubahan wang haram itu berjaya diberkas selepas dua minggu, bersama seorang wanita dipercayai warga asing di sebuah pusat peranginan di Pahang, oleh pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira 1.30, pada 27 Oktober 2020.

Sebelum ini, Alvin berjaya meloloskan diri dengan bantuan dua pengawal peribadi sebelum memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya dan melarikan diri dengan sebuah kenderaan yang menunggunya di luar pagar.

Ketika kejadian, suspek bersama tiga lagi suspek terdiri daripada dalang utama serta dua pegawai polis dalam proses diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan berhubung kegiatan judi dalam talian dan penipuan Macau Scam.

Polis Sahkan Addy Kanna & Alvin Goh Tak Terlibat Macau Scam Tapi…
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengesahkan penangkapan berkenaan.

Sumber dari Berita Harian. Berita lanjut menyusul.

 

Baca artikel sebelum ini :  ‘Sama Tetapi Tidak Serupa’- PDRM Sahkan Bukan Addy Kana ‘Lompat Pagar’ Tetapi…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest