Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

Seronok Dapat Bercuti Dalam Negeri, Datuk Seri Vida Sakan Menari Siap Titip Pesan Buat Ex!

Sakan DSV menari sampai buat ex beliau menyesal, seronok lah tu dapat bercuti kan

Published

on

Nampaknya semenjak kita semua tidak dibenarkan merentas negeri disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di kebanyakan negeri, orang ramai dilihat hanya menghabiskan masa dengan cara bercuti di dalam negeri sahaja.

Begitu juga dengan usahawan jutawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida, yang kini sedang menikmati percutiannya bersama dengan keluarga di sebuah resort mewah di Ipoh, Perak.

Datuk Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV itu kelihatan sangat gembira ketika meluangkan masa percutiannya sehingga sempat untuk membuat satu video menari ya!

Video tersebut dapat menyaksikan DSV menari malu-malu kucing sambil berlatar belakangkan lokasi percutian mewahnya itu.

Lebih menarik lagi apabila caption yang ditulis olehnya itu turut mengundang ketawa pengikutnya di laman Instagram miliknya.

Siapa lah agaknya ‘ex‘ yang dimaksudkan oleh DSV ni ya?

Apa pun, baguslah DSV mengambil inisiatif untuk hanya bercuti di dalam negeri sahaja memandangkan beliau kini masih lagi menetap di kediamannya dekat Ipoh, Perak.

Lepas ini kalau dah boleh rentas negeri, mesti DSV berjalan lagi jauh kan.

Sumber foto dan video: Instagram Datuk Seri Vida

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest