Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Siapa Sangka Syarat Meminang Puteri Gunung Ledang Sebenarnya Ada 8, Bukan 7 Syarat!

Fuh syarat ke-8 tu…

Published

on

Rakyat Malaysia dan jenaka berpisah tiada. Untuk yang mengikuti filem legenda Puteri Gunung Ledang pasti sinonim dengan jalan cerita dan syarat-syarat meminang Puteri itu.

Terbaharu, ciapan yang dimuat naik oleh penyampai radio Hot FM iaitu Deen yang mengendalikan segmen di Jam Hot tular apabila Deen berkongsikan screenshot syarat-syarat Puteri Gunung Ledang yang sepatutnya 7, telah diubah suai menjadi 8 syarat!

Umum mengetahui bahawa syarat-syarat untuk meminang Puteri Gunung Ledang mempunyai 7 syarat yang telah ditetapkan.

Akan tetapi ada pula individu yang menambah syarat ke-8:

“Kelapan, pengeluaran duit KWSP sebanyak RM10,000 secara on off…”

Aduhai ada-ada sahaja netizen ni ya!

Merujuk kepada syarat ke-8, sebelum ini pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan skim i-Sinar, iaitu pengeluaran wang dalam akaun 1 untuk pencarum yang terjejas dengan Covid-19 dimana pencarum dengan baki RM90,000 ke bawah dalam akaun 1, mereka mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM4,000.

Dan bagi pencarum dengan baki RM90,000 ke atas dalam akaun 1 pula, jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan adalah RM60,000 dengan pengeluaran pertama sehingga RM10,000.

Keluar Duit KWSP Akaun 1, Elak atau Terdesak?

Meninjau di ruangan komen ciapan Deen, rata-rata warganet turut terhibur melihat ciapan tersebut.

Mungkin individu ini frust agaknya tak dapat keluarkan wangnya dari akaun 1.

Tapi apa-pun, punchline syarat ke-8 tu memang win! #YTJT

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest