Connect with us
Selamat Hari Raya

Onz

Syukur Buku Lali Tidak Patah, Ramai Doakan Kesembuhan Raja Permaisuri Agong

Semoga cepat sembuh Tuanku!

Published

on

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ialah seorang yang aktif melakukan aktiviti luar dan juga bersukan.

Terbaharu, baginda telah memuat naik satu perkongsian di Instagram miliknya pada 21 Mac 2021.

Melalui caption, Tunku Azizah menceritakan tentang perkara yang berlaku:-

“pagi tadi saya main golf, tak perasan lobang sprinkler dan sy jatuh/terseliuh kaki kiri saya ….. alhamdulillah hanya bengkak .. hari selasa sy akan buat MRI …. terima kasih kerana ramai yg mendoakan ….. ” nak sangat jadi golf champion!!! ” … syukur ankle tak patah ….. hanya sakit bisa je !”

Baginda menjelaskan dirinya telah terjatuh ketika bermain golf dan mengalami bengkak pada bahagian kaki.

Selain mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakannya, baginda turut menyatakan rasa syukur kerana bahagian buku lali kakinya tidak patah.

Sementara itu, rakyat menunjukkan rasa prihatin pada ruangan komen dengan mendoakan agar baginda cepat sembuh.

Get well soon Tuanku!

 

Baca artikel berkaitan: Netizen Ambil Langkah Berani Tegur Posting Permaisuri Agong Banyak Typo, Ini Reaksinya

Sumber: Instagram Tunku Azizah

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest