Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Tak Ada Tangan Bukan Penghalang, Pemuda OKU Ini Tetap Usaha Walau Dapat Untung Hanya 50 Sen

Semoga berjaya!

Published

on

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan dalam kehidupan.

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @anthraxxxx telah memuat naik semula beberapa keping foto seorang lelaki istimewa tetapi tetap berusaha untuk kesinambungan hidupnya.

Pemuda istimewa itu dikenali sebagai Mohamad Nor Abdullah telah dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan tetapi dia tetap berusaha untuk menjual nasi lemak yang diberi nama Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat walaupun hanya mendapat untung sebanyak 50sen sahaja.

Gerai kecil itu dibuka di LRT Cheras berhampiran  sebuah kedai serbaneka semenjak Julai lalu.

Image

Nasi lemak tersebut dijual dengan harga serendah RM1.50 kerana menurutnya dia hanya membeli dengan harga RM1 daripada salah seorang rakan baiknya.

Kisahnya mula mendapat perhatian selepas tular di media sosial dan ramai sudah mengetahui tentang perniagannya dan mereka cuba untuk membantu membeli nasi lemak yang dijualnya itu.

Rata-rata netizen memuji kegigihan Mohamad yang tetap berusaha walaupun dirinya dalam serba kekurangan.

Namun ada pula beberapa netizen yang nak bergurau tak kena tempat sehingga mereka dikecam semula disebabkan sikap tidak berperikemanusiaan itu.

Bak kata orang, kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik diam sahaja.

Semoga perniagaan Nasi Lemak Bujang Dekk’s Mat ini berjaya dan dijadikan inspirasi oleh semua orang untuk tetap berusaha walaupun diri kita serba kekurangan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest