Connect with us
Hot FM

Viral

“Tak Halal, Dibuat Daripada…” Batal Temu Janji Vaksin Covid-19, Ini Respon Syed Saddiq

Takut mati kerana ambil vaksin, Syed Saddiq tampil ‘tolak’ mitos-mitos tentang vaksin Covid-19

Published

on

Tagline “Tak Pasti Jangan Kongsi” mungkin sudah sering didengari oleh rata-rata pengguna media sosial mengenai informasi tidak sahih yang sering dikongsi tanpa usul periksa.

Sejak penularan wabak virus Covid-19, segenap lapisan masyarakat pastinya terkesan akan penyakit ini tidak kira dalam aspek fizikal mahupun mental.

Justeru, disebabkan masalah ini kajian secara menyeluruh telah dibuat bagi membendung penularan wabak Covid-19 di seantero dunia dan penyelidikan vaksin tidak terkecuali.

Pelbagai syarikat dari seluruh pelusuk dunia membuat penelitian dan berusaha ketahap maksima untuk menghasilkan vaksin bagi melawan virus tersebut dan mengembalikan kehidupan masyarakat sedunia seperti sedia kala.

Namun, terdapat beberapa kepercayaan dan tanggapan yang mungkin tidak munasabah dikaitkan mengenai suntikan vaksin yang telah diiktirafkan ‘selamat’ untuk digunakan kepada rakyat Malaysia.

Hal yang demikian, dapat dijelaskan melalui respon daripada ahli politik terkenal Syed Saddiq mengenai mitos yang semakin tular di kalangan masyarakat.

Memuat naik video TikTok di laman Instagram, Syed Saddiq tampil cuba melakonkan semula dakwaan mitos yang sering dijadikan alasan bagi mereka yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Syed Saddiq berpendapat stigma negatif berkenaan vaksin yang kadang-kala terlihat tidak masuk akal harus ditepis dengan sekeras-kerasnya agar fakta dan kelebihan mengenai pengambilan vaksin ini tidak terpaling.

“Berapa K u dapat untuk promote vaksin bro Syed Saddiq?”

Walaupun disoal mengenai dakwaan jumlah bayaran yang didapati setelah mempromosi vaksin, Syed Saddiq tetap tampil balas komen netizen dengan tenang dan ‘bergaya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan pengalaman dan pandangan mereka mengenai pengambilan suntikan Covid-19 serta beberapa tanggapan “auta” yang sering mereka dengari.

Walau bagaimanapun, tidak menolak sebarang kemungkinan seperti setiap ubat-ubatan lain, vaksin juga tidak terkecuali mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.

Menurut sumber laporan Berita Harian, individu-individu yang bakal menerima suntikan vaksin AstraZeneca mulai 5 Mei 2021 ini akan dilindungi insurans, sekiranya mengalami sebarang kesan sampingan.

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengumumkan bahawa kerajaan memperuntukkan Dana Kecederaan Vaksin COVID-19, dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10 juta buat masa ini, untuk menampung pembayaran pampasan kepada mana-mana individu yang mengalami sebarang kesan sampingan daripada program imunisasi”

Walaupun pengambilan vaksin bagi kedua-dua dos suntikan telah sempurna dijalankan, keperluan untuk memakai pelitup muka, larangan untuk merentas negeri dan penjagaan jarak sebanyak 1 meter itu tetap menjadi tonggak utama dalam langkah-langkah proaktif bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Apa-apa pun diharapkan orang ramai untuk kekal tenang dan tidak menyebar informasi berita palsu mahupun mitos-mitos ‘karut’ mengenai vaksin Covid-19 serta dapatkan maklumat lanjut mengenai sebarang informasi mengenai vaksin dan ajukan sebarang persoalan kepada khidmat farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Syed Saddiq

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest