Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Tak Kira Agama Atau Bangsa, Ustaz Ebit Lew Tetap Akan Bantu…

Terima kasih ustaz Ebit Lew

Published

on

Tak perlu diperkenalkan lagi tentang Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikap prihatinnya terhadap ramai orang.

Ustaz Ebit Lew bukan sahaja akan memberi bantuan dengan pantas tetapi dia juga akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang itu.

Pada 28 November lalu, beliau telah berkunjung ke kawasan penduduk berbangsa Cina dan turut menghulurkan sedikit bantuan.

“Ramai yang duduk seorang diri, berumur dan uzur. Sebak je rasa bila yang uzur kebanyakannya menangis.”

Menurut Ustaz Ebit, lawatannya ke sana membuatkan dia teringat kepada kedua-dua ibu bapanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut sempat mengunjungi ke tokong dan berjumpa dengan sami bagi memberikan sedikit bantuan.

Rata-rata netizen memuji sikap baik Ustaz Ebit yang membantu ramai orang tak kira bangsa atau agama.

Bukan setakat menghulurkan bantuan daripada segi makanan, beliau turut memberikan sedikit wang saku kepada mereka.

Semoga Ustaz Ebit Lew dilimpahkan rezeki atas pertolongan yang diberikan selama ini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest