Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Takpe, Ada Orang Kutip” Netizen Berang Wanita Ini Buang Botol Air Depan Kereta Walaupun Dah Ditegur

Jangan buang sampah merata-rata!

Published

on

Kadang-kadang kita ni ada satu sikap pentingkan diri sendiri yang mana taknak terima teguran daripada orang lain.

Sama seperti apa yang berlaku di salah sebuah stesen minyak di Seksyen 7, Shah Alam sekitar jam 2 petang 30 November lalu.

Seorang pengguna Twiter dikenali sebagai @mbimuhammad telah memuat naik satu video pendek menunjukkan seorang wanita tanpa rasa bersalah membuang botol air di hadapan kenderaannya.

Ketika ditanya tentang kisah kejadian, Mbimuhammad memberitahu bahawa ketika itu dia sedang berteduh menunggu pesanan untuk menghantar barang dan secara tiba-tiba kenderaan itu datang untuk mengisi air.

“Sebelum saya record tu mmg dia dah campak dua botol. Botol pertama dia campak tu saya dah terkejut lah. Saya try bersangka baik lah mungkin dia nak letak kejap dkt bawah sebab dia nak isi banyak botol. Tapi, saya terfikir nak rakam kalau2 betul dia taknak kutip balik. Niat saya kalau dia kutip, takdelah saya nak post. Tapi sebaliknya dia terus nak masuk kereta.”

Akui terkejut dan kecewa dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menegur wanita tersebut dan tidak menyangka jawapan yang keluar daripada mulut wanita tersebut.

“Takpe lah, nanti ada orang kutip.”

Rata-rata netizen berang melihat video itu dan kecewa dengan sikap warga Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata.

Tak susah pun kan nak buang sampah dekat dalam tong sampah?

Kalau tak ada tong sampah berdekatan, simpan dulu dan nanti bila dah jumpa, baru la buang.

Sama-sama la kita jaga kebersihan alam sekitar ya, kalau bukan kita yang jaga siapa lagi kan?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest