Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

#TakSempurnaMencintaimu: Kongsi Gambar Bersama Sharifah Rose, Penonton Tak Keruan Redza Rosli ‘Curang’

Kot-kot lepas ni netizen jodohkan Rose dengan Redza pula, siapa tahu kan?

Published

on

Semakin hari semakin hangat diperkatakan oleh warganet di rata-rata laman sosial, mana tidaknya, lakonan mantap drama Tak Sempurna Mencintaimu ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi sehingga setiap episod drama ini berjaya menjadi ‘trending’ di Twitter.

Nampaknya, bukan sahaja ada pelakon-pelakon hebat berkenaan, ada juga kelibat pelakon baharu yang juga instafamous, Sharifah Rose di dalam drama tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh Redza di Twitter milik beliau :

Melihat kepada perkongsian Redza, mereka seakan sedang menjalani penggambaran drama tersebut bersama dan ruangan komen Redza pantas dibanjiri dengan ciapan warganet.

Alamak! Adakah Redza akan curang dengan Rose dalam drama ini?

Dalam pada itu, ada juga yang sempat bertanya kepada Rose apakah perasaanya apabila dapat berlakon bersama Redza, ini jawapan beliau :

Kot-kot lepas ni netizen jodohkan Rose dengan Redza pula, siapa tahu kan?

Jangan lupa saksikan drama Tak Sempurna Mencintaimu setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 7 malam di TV3.

 

Sumber : Twitter Redza Rosli

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest