Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

“Takut Ada Kluster Uniqlo PJ” Pengunjung Tak Jaga SOP, Pihak Polis Terpaksa Turun Padang

Tenang guys

Published

on

Hanya disebabkan mahu berebut menjadi 500 pengunjung terawal, sampai sanggup abaikan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Bermula 18 Disember, sebuah gedung pakaian terbesar dari Jepun iaitu UNIQLO telah dibuka di Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara.

Pembukaan gedung pakaian yang diberi nama sebagai UNIQLO Da Square itu telah menarik minat ramai rakyat Malaysia untuk menjadi antara 500 pengunjung terawal untuk merebut hadiah misteri di dalam goodie bag yang telah disediakan serta potongan harga istimewa.

Disebabkan itu, di luar kawasan gedung tersebut kelihatan ramai pengunjung yang sudah menunggu daripada jam 10 pagi tadi.

Menurut satu video pendek yang dikongsi oleh salah seorang wartawan iaitu @RedzuanNewsMPB , pihak polis telah dikerahkan untuk berada di lokasi tersebut bagi mengawal keadaan.

Dalam masa yang sama, beberapa lagi twit yang dikongsikan oleh orang awam memberitahu bahawa seramai 300 pelanggan telah diminta untuk pulang dan datang semula ke UNIQLO PJ pada jam 4 petang tadi bagi mengelakkan kesesakan.

Selain itu, pihak KKM turut menasihatkan gedung tersebut untuk memberhentikan perniagaan buat seketika bagimembuat kerja pembersihan serta mempraktikkan SOP.

Ramai netizen berasa bimbang dan berang dengan apa yang sedang berlaku disana.

Difahamkan, promosi akan diadakan bermula pada 18 sehingga 20 Disember ini jadi pengunjung masih mempunyai masa selama tiga hari untuk membeli belah.

Tak salah kalau nak shopping, tetapi jangan sampai abaikan SOP dan buat-buat lupa yang kita masih lagi dilanda pandemik Covid-19!

Sumber foto: Twitter

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest