Connect with us
Hot FM

Viral

“Tarawih Dekat Rumah Mama Ya!” Bersih Dan Kemas, Ramai Puji Tahfiz DSV Nampak Serba Lengkap

Alhamdulillah, bagus niat murni DSV ni semoga dijadikan contoh untuk kita semua membuat kebaikan

Published

on

Seperti kita sedia maklum, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau lebih mesra dengan panggilan DSV merupakan salah seorang usahawan jutawan yang dikenali ramai.

Sebelum ini, beliau sememangnya jarang menunjukkan segala amal kebaikan yang dilakukan olehnya tetapi kali ini beliau mengambil keputusan untuk kongsikan satu video penuh bermakna.

“Malam ni 10 malam terakhir, semua solat tarawih dekat rumah mama ya.”

DSV mempunyai sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Darul Tahfiz DS VIDA yang terletak di Ipoh, Perak dan sempena dengan bulan Ramadan ini, beliau akan menjemput ‘anak-anaknya’ di tahfiz itu untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah di rumahnya.

Video tersebut turut menunjukkan keadaan tahfiz berkenaan yang serba mewah dan lengkap sehingga membuatkan pengikutnya di laman Instagram tergamam.

Rata-rata mereka tumpang rasa bangga melihat kejayaan DSV membuka pusat tahfiz dan ada juga yang kelihatan berminat untuk mendaftarkan anak mereka di sana.

Setiap pelajar tahfiz yang masuk ke sana tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semua yuran ditanggung sepenuhnya oleh DSV sendiri.

Semoga kerja amal DSV ini dapat memberi semangat kepada kita untuk menjadi seorang yang berjaya dan mampu untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Sumber foto dan video: Instagram DSV

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest