Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Tayang Result Gagal SPM, Peguam Ini ‘Sekolahkan’ Hafiz Mahamad

Sebalik kejayaan pasti pernah ada kegagalan…

Published

on

Jika sebelum ini nama usahawan muda Hafiz Mahamad disebut kerana sifat baiknya yang sanggup menghulurkan bantuan ketika sahabat baiknya jatuh sakit, kini namanya mula disebut kembali namun kali ini disebabkan perkara lain pula.

Image

Hafiz telah memuatnaik satu posting di laman Facebook miliknya pada 9 March yang lalu, namun entah mengapa baru sekarang posting itu tular sehingga mendapat kecaman daripada netizen, mungkin kerana setiap tahun dia memang seringkali kongsikan kisah kejayaan hidupnya.

Melalui posting tersebut, Hafiz ada mengatakan bahawa dia pernah gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang sangat teruk, tetapi dia berasa bernasib baik kerana kekasihnya, iaitu isterinya kini, Syafiqah Aina sanggup menerima dirinya walaupun tidak berjaya pada awal perkenalan mereka.

Pada masa yang sama, ada seorang peguam yang dikenali sebagai Mufarwa Farid menyelar kenyataan Hafiz yang menyifatkan seperti memperlekehkan kepentingan peperiksaan SPM.

Dia juga memberi sebanyak 10 points balas berkenaan perkara yang dinyatakan oleh Hafiz itu.

Baginya, kegagalan Hafiz dalam peperiksaan SPM itu memang tiada kesan kepada kekayaan yang dimiliki olehnya kini tetapi sebaliknya memberi kesan kepada orang lain yang pernah gagal dalam SPM sehingga tidak berjaya untuk menyambung pelajaran dan bekerja dengan tetap.

Image

Tak perlu menormalisasikan SPM tu tak penting, hidup ini bukan drama. Tak semua orang bernasib baik. Aku tak cemburu dengan dia, aku cukup anti dengan orang yang promosikan budaya gagal dalam pelajaran ni.

Gagal akademik is not cool bro, kau nak gagal, gagal! Penat cikgu dekat sekolah separuh mati nak bantu pelajar.

Tidak diketahui mengapa posting berkenaan tiba-tiba mendapat perhatian, Hafiz kembali tampil memberi kenyataan balas berkenaan isu tersebut dan cuba untuk menjelaskan kepada netizen tentang maksud yang ingin disampaikan olehnya itu.

Terkejut pagi ni, posting tentang SPM saya disalah ertikan yang saya influence generasi muda SPM/pendidikan tu tak penting. Posting tu dah lama. It’s okay, bukan salah mereka. Saya yang kena terangkan.

Menurut Hafiz walaupun dia sudah gagal dalam peperiksaan SPM, dia kembali bangkit dengan menyambung pelajaran bagi menembus kembali kegagalannya sebelum ini.

Bagi Hafiz, posting itu bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar yang pernah gagal supaya mereka terus berusaha untuk mencapai kejayaan, bukannya hanya duduk diam dan berserah sahaja.

Pada masa yang sama, ada netizen yang menasihatkan Hafiz supaya berhati-hati dalam berkongsikan sesuatu kerana takut orang salah faham tentang maksud yang ingin disampakan olehnya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest