Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Viral

Terhibur Tengok Yusoff Al Qardawi Main Dengan Ketam, Lagi Seronok Tengok Aliff Syukri Kena Marah!

Comel ya Yusoff ni!

Published

on

Anak orang lain main mainan robot, anak Dato’ Sri Aliff Syukri lain daripada yang lain ya!

Pada mulanya ingatkan ketam yang dipegang oleh Yusoff Al Qardawi, anak kepada Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida ini ialah ketam mainan, rupa-rupanya ketam betul!

Satu video pendek menunjukkan gelagat anak keempat usahawan kosmetik itu telah dimuat naik oleh Bonda Rozita Ibrahim, iaitu ibu kepada Aliff Syukri sendiri di laman Instagram miliknya.

Nekk, tengok ketam! Makan nek makan.

Biasanya budak kecil begitu pastinya akan rasa takut untuk memegang haiwan sebegitu, tetapi tidak bagi Yusoff ya, dia siap offer nenek dan bapa dia untuk makan ketam tu.

Bukan setakat pegang, Yusoff siap bagi ketam itu kepada pembantu rumahnya bertujuan untuk menakut-nakutkan apabila disuruh sendiri oleh Aliff Syukri.

Disebabkan itu, Aliff Syukri telah dimarahi oleh ibunya kerana mengajar Yusoff untuk memberikan ketam itu kepada orang lain.

Jangan ajar anak kau tak senonoh, Syukri! Syukri jangan la, tak bijak anak kau nanti!

Rata-rata netizen terhibur apabila Bonda Rozita memarahi Aliff Syukri dan memuji kepetahan Yusoff.

Tapi memang terhibur ya tengok Yusoff yang petah bercakap tu. Lagi terhibur bila Aliff Syukri kena marah, hehe!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest